Friday, May 4, 2012

BAB 1



“Zeem, kita patut hentikan semua nie!” kataku dengan perlahan. Awan mendung mula menutupi langit biru. Hazeem kelihatan terpinga-pinga. Aku tahu perbuatanku ini akan melukakan hatiku. Aku yakin ini adalah untuk kebaikanku jua.
“Sayang, kenapa? Tiba-tiba cakap macam nie?” kata Hazeem sambil mencuba memegang tanganku. Dengan pantasnya, aku menarik tanganku dan menjauhkan diriku daripadanya.
“Rita, kenapa nie? Zeem tak faham. Kenapa?” kata Hazeem lagi dengan nada sedih. Dia sekali lagi cuba mendekati aku. Aku meluat. Benci.
“Hazeem, tolonglah jangan berdrama dengan Rita lagi. Dah penat dengan semua nie. Rita tahu Zeem faham dan…” ayatku terhenti di situ. Suaraku seakan tersekat seperti ada sesuatu yang menghalang. Hazeem terus memelukku dari belakang. Aku cuba melepaskan diri dari pelukannya.
“HAZEEM!” jeritku memecah sepi hari yang bakal hujan tidak lama lagi. Hazeem terus melepaskan pelukannya.
“Then, tell me why? What did I do until you want to ends up this relationship?” kata Hazeem dengan suara yang serak. Jelik. Itulah yang aku rasa sekarang. Agaknya begini dia mencairkan hati Christina dan sanggup menduakan aku!
“I hate you! That’s why. You said you’re in love with me. But what did you do? What did you do?” kataku dengan air mata mengalir di pipiku. Air mata ini pun tidak dapat kutahan lagi. Hazeem hanya mampu menggeleng.
“ Rita, Zeem tak buat apa-apa pun yang mampu….” ayatnya terhenti apabila dia ternampak kelibat Christina berjalan ke arah kami berdua. Aku nampak Hazeem menjadi kaku. Bibirnya mengigil. Lidahnya kelu.
Christina berlari-lari anak melihat Hazeem. Raut wajahnya berseri-seri namun kelihatan muram. Dua bulan yang lalu, badannya kecil molek. Namun kini badannya berisi, tembam. Christina terus memegagang tangan Hazeem. Hazeem tidak kelihatan untuk menolak pegangan tersebut.
Ya. Tangan Hazeem mengigil memegagang tangan Christina.
“Rita, I can explain this!” kata Hazeem dangan nada tegas. Mukanya serius walaupun pucat.
“Explain what, Hazeem? You made her pregnant then you want to be with me? Am I that cheap or too desperate to you? And yet you still have the nerves to touch me? Kau tak tahu dosa pahala ke?” kataku dengan nada marah. Ya, aku sangat marah. Tetapi kenapa aku menangis demi lelaki dayus ini?
“Ahh.. ahh… Ma… mana  Ri.. Rita tahu?” suara Hazeem kedengaran risau dan gagap.

**
“Rita, can I come to your house tonight?” tanya Christina melalui pesanan ringkas SMS. Aku pelik. Tidak pernah Christina ingin datang ke rumahku kalau bukan untuk perbincangan mengenai kerja.
“Sure. Datanglah rumah I. You still remember where my house, right?” balasku dengan ringkas. Telefon bimbitku dibiarkan di atas katil. Aku terus keluar dari bilik tidurku dan menuju ke ruang tamu. Bantal dan majalah dikemaskan. Sofa dan karpet disemburkan dengan Fabrezz dan pewangi. Kemas. 5.30 petang. Sempat lagi untuk aku mandi.
Selepas satu jam menunggu ketibaan Christina, aku menjadi bosan. Aku masuk ke dapur dan masak nasi goreng. Makan, mencuci pinggan dan menonton televisyen.
Tik. Tok. Tik. Tok.
7.30 malam.
8.30 malam.
9.30 malam.
“Ahh.. sudahlah… Cakap nak datang tapi tak muncul-muncul” kataku sendirian dalam rumah dua tingkat kepunyaan sepenuhnya milikikku. Punat OFF ditekan. Aku mematikan semua suis lampu dan kipas.
“Baik tidur awal. Lagipun esok kerja” kataku dengan nada tidak puas hati sambil mendaki tangga menuju ke kamar. Sebaik sahaja pintu bilik dibukakan, lagu “Haven’t met you yet” nyanyian Michael Buble’ mula memecahkan sunyi.
“Hello?” jawabku tanpa melihat nama panggilan.
“Hello, Rita? This is Christina. Are you asleep?” jawab suara wanita di hujung talian. Suaranya kedengaran  seperti sedang menangis. Aku memandang skrin telefon bimbitku. Christina.
“Nope. Are you coming or not?” kataku dengan selamba. Sepi.
“Yup. I’m outside your house now…” jawab Christina dengan perlahan dan semakin perlahan. Aku tidak dapat mendengar suaranya dengan jelas. Aku terus menjenguk luar melalui tingkap di sebelah katilku.
Terdapat sebuah kereta Honda City berwarna merah sedang berhenti di depan pagar rumahku.
“Rita?” suara wanita tersebut kedengaran semula di hujung talian.
“Yup. Wait for a moment. I’m going to open the door for you” jawabku dan terus mematikan talian.

**
 “Rita, mana awak tahu?” Tanya Hazeem semula. Aku tersedar daripada lamunanku. Bukan lamunan tetapi sebahagian kenangan pahitku.
“I told her. Sorry, darling. I just can’t lie to her anymore. She’s my friend” kata Christina tanpa rasa bersalah. Tekakku berasa sangat muak. Ingin sangat aku muntah di hadapan mereka. Jijik. Jelik.
“I’m sorry, Rita. Zeem tak tahu Chris boleh ter`pregnant’ sebab perbuatan kami” kata Hazeem sambil cuba mengambil tanganku. Aku terus menepis tangannya.
“Ter`pregnant’? KAU BAJET KAU ORANG PUTIH KE?” jeritku pada Hazeem. Hazeem terus menundukkan kepalanya. Begitu juga Christina.
“And you! I thought you were my friend! But you stabbed  me from behind!” kataku dengan penuh sebak.  Christina tersentak mendengar kata-kataku. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan sebarang kata-kata. Persahabatan antara aku dan Christina selama 3 tahun musnah kerana lelaki bernama Shaiful Hazeem  bin Ahmad Anuar.
“I hope I won’t see you guys in the future. Bye” kataku dan terus berjalan entah ke mana. Selamat tinggal kekasih pertamaku. Selamat tinggal sahabat Londonku. Air mataku terus mengalir tanpa henti. Langkahku berasa sangat berat. Hujan mula membasahi Bumi.
“Nampaknya hujan bersimpati dengan aku!” aku bermonolog di dalam hatiku. Hazeem dan Christina tidak menghalangku. Agaknya mereka sudah menjangka reaksiku. Ahh.. Peduli apa dengan mereka. Mereka yang melukakan hati aku. Kenapa harus aku menjaga hati mereka?
Air mata yang mengalir kini tidak dapat dibezakan dengan air hujan yang membasahi diri ini. Entah ke mana hala tujuku sekarang.  Selangkah demi selangkah aku berjalan. Beginikah rasanya orang putus cinta? Hati ini perit menahan luka cinta.
“PINNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!” bunyi hon kereta kedengaran sangat kuat. Aku menoleh ke kanan. Cahaya putih yang sangat terang. Deruman enjin yang semakin mendekati tubuh kecilku. Aku seakan tiada kudrat untuk mengelak kenderaan bermotor itu.
“Ke tepi!” jerit seorang lelaki yang sedang memegang payung. Aku dapat rasakan badanku ditolak dan dipegang erat oleh seseorang. Aku rasa selamat. Kepalaku terasa berat. Mataku juga berasa berat. Sekelip mata duniaku menjadi gelap. Aku berasa sangat gelap dan sejuk.
“Cik…. Cik… Bangun! Panggil ambulans!” jerit lelaki tesebut sambil mengoncangkan tubuhku kini lemah-longlai.

No comments: