“Zeem, kita patut
hentikan semua nie!” kataku dengan perlahan. Awan mendung mula menutupi langit
biru. Hazeem kelihatan terpinga-pinga. Aku tahu perbuatanku ini akan melukakan
hatiku. Aku yakin ini adalah untuk kebaikanku jua.
“Sayang, kenapa? Tiba-tiba
cakap macam nie?” kata Hazeem sambil mencuba memegang tanganku. Dengan
pantasnya, aku menarik tanganku dan menjauhkan diriku daripadanya.
“Rita, kenapa
nie? Zeem tak faham. Kenapa?” kata Hazeem lagi dengan nada sedih. Dia sekali
lagi cuba mendekati aku. Aku meluat. Benci.
“Hazeem,
tolonglah jangan berdrama dengan Rita lagi. Dah penat dengan semua nie. Rita
tahu Zeem faham dan…” ayatku terhenti di situ. Suaraku seakan tersekat seperti
ada sesuatu yang menghalang. Hazeem terus memelukku dari belakang. Aku cuba
melepaskan diri dari pelukannya.
“HAZEEM!” jeritku
memecah sepi hari yang bakal hujan tidak lama lagi. Hazeem terus melepaskan
pelukannya.
“Then, tell me
why? What did I do until you want to ends up this relationship?” kata Hazeem
dengan suara yang serak. Jelik. Itulah yang aku rasa sekarang. Agaknya begini
dia mencairkan hati Christina dan sanggup menduakan aku!
“I hate you!
That’s why. You said you’re in love with me. But what did you do? What did you
do?” kataku dengan air mata mengalir di pipiku. Air mata ini pun tidak dapat
kutahan lagi. Hazeem hanya mampu menggeleng.
“ Rita, Zeem tak
buat apa-apa pun yang mampu….” ayatnya terhenti apabila dia ternampak kelibat
Christina berjalan ke arah kami berdua. Aku nampak Hazeem menjadi kaku.
Bibirnya mengigil. Lidahnya kelu.
Christina
berlari-lari anak melihat Hazeem. Raut wajahnya berseri-seri namun kelihatan
muram. Dua bulan yang lalu, badannya kecil molek. Namun kini badannya berisi,
tembam. Christina terus memegagang tangan Hazeem. Hazeem tidak kelihatan untuk
menolak pegangan tersebut.
Ya. Tangan Hazeem
mengigil memegagang tangan Christina.
“Rita, I can
explain this!” kata Hazeem dangan nada tegas. Mukanya serius walaupun pucat.
“Explain what,
Hazeem? You made her pregnant then you want to be with me? Am I that cheap or
too desperate to you? And yet you still have the nerves to touch me? Kau tak
tahu dosa pahala ke?” kataku dengan nada marah. Ya, aku sangat marah. Tetapi
kenapa aku menangis demi lelaki dayus ini?
“Ahh.. ahh… Ma…
mana Ri.. Rita tahu?” suara Hazeem
kedengaran risau dan gagap.
**
“Rita, can I come
to your house tonight?” tanya Christina melalui pesanan ringkas SMS. Aku pelik.
Tidak pernah Christina ingin datang ke rumahku kalau bukan untuk perbincangan
mengenai kerja.
“Sure. Datanglah
rumah I. You still remember where my house, right?” balasku dengan ringkas.
Telefon bimbitku dibiarkan di atas katil. Aku terus keluar dari bilik tidurku
dan menuju ke ruang tamu. Bantal dan majalah dikemaskan. Sofa dan karpet
disemburkan dengan Fabrezz dan pewangi. Kemas. 5.30 petang. Sempat lagi untuk
aku mandi.
Selepas satu jam
menunggu ketibaan Christina, aku menjadi bosan. Aku masuk ke dapur dan masak
nasi goreng. Makan, mencuci pinggan dan menonton televisyen.
Tik. Tok. Tik.
Tok.
7.30 malam.
8.30 malam.
9.30 malam.
“Ahh.. sudahlah…
Cakap nak datang tapi tak muncul-muncul” kataku sendirian dalam rumah dua
tingkat kepunyaan sepenuhnya milikikku. Punat OFF ditekan. Aku mematikan semua
suis lampu dan kipas.
“Baik tidur awal.
Lagipun esok kerja” kataku dengan nada tidak puas hati sambil mendaki tangga
menuju ke kamar. Sebaik sahaja pintu bilik dibukakan, lagu “Haven’t met you
yet” nyanyian Michael Buble’ mula memecahkan sunyi.
“Hello?” jawabku
tanpa melihat nama panggilan.
“Hello, Rita?
This is Christina. Are you asleep?” jawab suara wanita di hujung talian.
Suaranya kedengaran seperti sedang
menangis. Aku memandang skrin telefon bimbitku. Christina.
“Nope. Are you
coming or not?” kataku dengan selamba. Sepi.
“Yup. I’m outside
your house now…” jawab Christina dengan perlahan dan semakin perlahan. Aku
tidak dapat mendengar suaranya dengan jelas. Aku terus menjenguk luar melalui
tingkap di sebelah katilku.
Terdapat sebuah
kereta Honda City berwarna merah sedang berhenti di depan pagar rumahku.
“Rita?” suara
wanita tersebut kedengaran semula di hujung talian.
“Yup. Wait for a
moment. I’m going to open the door for you” jawabku dan terus mematikan talian.
**
“Rita, mana awak tahu?” Tanya Hazeem semula.
Aku tersedar daripada lamunanku. Bukan lamunan tetapi sebahagian kenangan
pahitku.
“I told her.
Sorry, darling. I just can’t lie to her anymore. She’s my friend” kata
Christina tanpa rasa bersalah. Tekakku berasa sangat muak. Ingin sangat aku
muntah di hadapan mereka. Jijik. Jelik.
“I’m sorry, Rita.
Zeem tak tahu Chris boleh ter`pregnant’ sebab perbuatan kami” kata Hazeem
sambil cuba mengambil tanganku. Aku terus menepis tangannya.
“Ter`pregnant’?
KAU BAJET KAU ORANG PUTIH KE?” jeritku pada Hazeem. Hazeem terus menundukkan
kepalanya. Begitu juga Christina.
“And you! I
thought you were my friend! But you stabbed me from behind!” kataku dengan penuh
sebak. Christina tersentak mendengar
kata-kataku. Lidahnya kelu untuk mengeluarkan sebarang kata-kata. Persahabatan
antara aku dan Christina selama 3 tahun musnah kerana lelaki bernama Shaiful
Hazeem bin Ahmad Anuar.
“I hope I won’t
see you guys in the future. Bye” kataku dan terus berjalan entah ke mana.
Selamat tinggal kekasih pertamaku. Selamat tinggal sahabat Londonku. Air mataku
terus mengalir tanpa henti. Langkahku berasa sangat berat. Hujan mula membasahi
Bumi.
“Nampaknya hujan
bersimpati dengan aku!” aku bermonolog di dalam hatiku. Hazeem dan Christina
tidak menghalangku. Agaknya mereka sudah menjangka reaksiku. Ahh.. Peduli apa
dengan mereka. Mereka yang melukakan hati aku. Kenapa harus aku menjaga hati
mereka?
Air mata yang
mengalir kini tidak dapat dibezakan dengan air hujan yang membasahi diri ini.
Entah ke mana hala tujuku sekarang.
Selangkah demi selangkah aku berjalan. Beginikah rasanya orang putus
cinta? Hati ini perit menahan luka cinta.
“PINNNNNNNNN!!!!!!!!!!!!!”
bunyi hon kereta kedengaran sangat kuat. Aku menoleh ke kanan. Cahaya putih
yang sangat terang. Deruman enjin yang semakin mendekati tubuh kecilku. Aku
seakan tiada kudrat untuk mengelak kenderaan bermotor itu.
“Ke tepi!” jerit
seorang lelaki yang sedang memegang payung. Aku dapat rasakan badanku ditolak
dan dipegang erat oleh seseorang. Aku rasa selamat. Kepalaku terasa berat.
Mataku juga berasa berat. Sekelip mata duniaku menjadi gelap. Aku berasa sangat
gelap dan sejuk.
“Cik…. Cik…
Bangun! Panggil ambulans!” jerit lelaki tesebut sambil mengoncangkan tubuhku
kini lemah-longlai.
